“Hish, engkau ni sabarlah
sikit.”
Ramadhan mengerutkan
kening, seperti tidak faham kata-kata sahabatnya itu. Syawal tersenyum kecil,
entah apa yang bermain di benaknya.
“Takdelah, aku tengok
engkau ni cepat sangat termakan dengan pujian orang. Perempuan tu baru je puji
sikit, engkau dah menggelabah.” Syawal memberikan penjelasan.
“Huh, engkau ape tahu.
Aku kalau ikutkan dah lama minat kat dia. Sekali dia puji aku lah pulak. Mesti
dia pun minat kat aku. Haha..”
Syawal pula mengerutkan
dahi dan membuat muka sedikit geli dengan pernyataan Ramadhan.
“So, kau ingat yang kau
dengan dia ade jodohlah kiranya ye?”
“Haha.. Manelah tahu,
kalau ade rezeki. Yang penting aku kenalah mencuba dulu kan?”
“Mencuba tu mencuba juga.
Tapi kalau boleh, kau tengok dululah diri tu dulu. Kalau aku jadi bapak dia,
aku tak yakin yang kau boleh jaga dia. Hehe..”
“Adoi engkau ni. Rosakkan
mood aku betollah. Cubalah bagi aku semangat sikit. Ni tak, cakap pasal bapak
dia pulak.”
“Eh, aku cakap benda betollah.
Tengok, engkau sendiri tak sedia nak jumpe dengan ayah dia. Ingat, kalau nak ‘berkenalan’
dengan perempuan, niat kena ikhlas untuk melanjutkan terus ke perkahwinan.
Kalau sekadar bagi harapan palsu, baik tak payah.”
“Hehe, betollah cakap
kau. Ikhlas ea? Macam mana nak tau kalau aku betol-betol ikhlas ek Syawal?”
“Huh, tanye aku pulak.
Tepuk dada Tanya iman lah. Tapi kalau betol-betol nak kat dia, made a proper
preparation. Jangan terlalu gopoh. Dan kau kena salurkan ke channel yang
betollah. Ape-ape pun, kau kena ‘readykan’ parents kau dan parents dia. Kalau
cakap je lebih, habuk pun tarak. Baik tak payah bro..”
“Erm, kalau tak boleh nak
readykan semua benda tu macam mane? Yelah, aku tak kerja lagi ni. Boleh tak aku
cop dulu dia ni? Hehe, takut melepaslah pulak.”
“Haa.. memang boleh je.
Tapi urusan nak bertunang ni bukan satu benda mudah. Kalau ikut adat melayu ni,
kena sediakan duit jugak. Kurang-kurang cincin ‘sebijik’. Kalau main cop-cop
sendiri, benda tu tak validlah. Kalau nak valid, pergi bagitau kat ayah dia
terus. Baru ‘gentle’ orang kata.”
“Erk. Kalau tak boleh
jugak? aku nak buat macam mane?”
“Herm.. Kalau tak boleh
jugak, puase jelah bro…” Syawal menepuk belakang Ramadhan. Dia tahu perangai
sahabatnya itu, acuh tak acuh dan kadang-kadang terlampau gopoh. Berfikir
singkat dan juga terlampau idealistik. Tetapi Syawal tetap sabar menasihat,
supaya sahabatnya itu tidak melakukan benda-benda yang kurang cerdik.
***
Dari Abdullâh bin Mas’ud ra, berkata:Rasulullâh Saw bersabda:"wahai anak muda, sesiapa di antara kamu yang mampu menikah, menikahlah, karena dengan menikah akan lebih memejamkan mata (dari melihat yang haram) dan menjaga diri (dari zina), apabila kamu tidak mampu menikah, maka berpuasalah, karena puasa adalah kendali bagi dirinya".H.R. Bukhâri, Muslim, Turmudzi dan Abu Dawud.
(Ibn al-Athir, 1984: XII/122, no. hadits: 8919).
Sempena dengan bulan puasa yang bakal menjelma tidak lama lagi, saya mengajak para sahabat untuk mempersiapkan diri kita. Kadang-kadang kita rasakan diri tidak mampu untuk melawan nafsu, bahkan kadang-kadang membuat satu perkara yang tidak munasabah dan kurang cerdik. Itu sebenarnya adalah disebabkan diri kita yang sukar untuk mengawal diri sendiri (Lack of Control). Islam mengajar diri kita untuk mengawal diri kita dengan cara berpuasa. Saat kita betul-betul boleh mengawal diri, saat itulah kita tahu yang puasa kita sudah sempurna. Kalau tak boleh, maksudnya banyak lagi cacat cela yang perlu kita perbaiki. Kawal nafsu, kawal emosi, dan juga kawal akal kita. Wallahua’lam
p/s – terima kasih kerana point
out my weakness. InsyaAllah, kita sama-sama belajar untuk mengawal diri dengan
memanfaatkan bulan Rejab, Syaaban, dan Ramadhan tahun ni. Dan bulan Syawal
nanti baru kita betul-betul pasti dengan diri kita. Bila diri terpimpin,
insyaAllah tiada masalah untuk memimpin keluarga. Ape-ape pun, terima kasih
atas nasihatnya. Kat bawah ni ada video yang saya dengan kawan-kawan buat, kalau belum tengok lagi, dipersilakan untuk menontonnya. Agar Bisa Menangis~
















